Monday, July 13, 2009
Kembali Seketika

Sudah lama tidak bertandang di ruangan maya ini. Sudah lama Bila Pena Menari tinggal terbiar tanpa bingkisan baru. Bukan sengaja mahu meninggalkan blog ini bagai tak bertuan. Tapi tuntutan tugas yang membebankan pemikiran, kesempitan waktu yang terluang – semuanya seolah menjadi sebab mengapa ruang ini sepi seketika. Malah cuaca yang tak menentu mengganggu kesihatan turut membuatkan aku menjauhkan diri seketika.

Namun selama tempoh berdiam diri, banyak perkara yang berlaku. Ada yang mengundang senyum tawa. Ada yang meninggalkan tompok tompok duka. Apa pun… untuk waktu ini biar aku simpan seketika kisah kisah tersebut. Bila waktu mengizinkan, aku pasti kongsikan.

Cuma apa yang aku mahu suarakan ialah rasa kegembiraan yang dikongsikan bersama hari ini. Dua sepupu terdekat aku mengutus SMS menyampaikan khabar gembira. Kedua duanya menimang cahaya mata. Ida, yang melahirkan anak sulungnya pada 10 Julai lepas, dan Azizee yang menyambut kelahiran anak ketiganya pada petang semalam. Tahniah buat mereka. Makin bertambah ahli keluarga besar kami. Dan menghitung hari untuk menyambut kelahiran anaknya ialah seorang temanku yang juga sahabat blogger. Khabar khabarkan nanti ya?

Apa apa pun, terima kasih buat teman teman yang sering bertanya khabar. Terima kasih buat ingatan itu. Sehingga di lain waktu… wassalam.




-XiS-

Labels: ,

 
posted by Xis at 12:15 AM | Permalink | 1 comments
Sunday, May 10, 2009
Momma - A True Love

This one is for all the ladies out there who deserve to be called a mother. To my mom - I love you so much... thank you for all your love and everything you have given me since I was still in your womb. Thank you for always being there for me... Happy Mother's Day...



(credit: top image taken from CoolFreeImages)
(credit: bottom image taken from Comments101.Com)



-XiS-

Labels: ,

 
posted by Xis at 12:30 AM | Permalink | 7 comments
Tuesday, May 05, 2009
Sesejuk Air Di Kali

Kebelakangan ini cuaca panas sudah melanda Kuala Lumpur. Hujan sudah terlalu jarang, dan kalau turun pun, begitu sekejap dan sedikit. Bahang siang terasa hingga ke malam hari. Aku yang tidak menggunakan penyaman udara di rumah terasa tak keruan terutama bila tiba masa tidur. Biasanya sebelum tidur, aku akan mandi semula bagi menyejukkan badan. Dan bertemankan kipas yang berpusing seligat yang mampu, aku cuba mencari keselesaan dalam malam yang hangat.

Kerana cuaca yang begitu tidak selesa, setiap hari minggu aku akan ke jeram di Hulu Langat. Bukan sekadar berkelah, yang pentingnya aku dapat mengurangkan rasa hangat dalam tubuh badan. Bertemankan kawan rapat aku Wan dan Zahar, kami berkereta ke arah kawasan berbukit di Hulu Langat, berhampiran Gunung Nuang. Antara air terjun dan jeram, aku memilih untuk ke jeram yang pada aku lebih selesa tempatnya. Tidak perlu bersusah payah berebut dengan orang yang terlalu untuk mandi manda, terutama di kawasan air terjun yang terlalu berbatu dan licin.

Dengan pemandangan menghijau di sekeliling menjadikan hari yang panas begitu tenang dan damai. Perjalanan yang agak jauh dari rumah terasa begitu berbaloi. Tidak ada lagi hiruk pikuk kota. Tak ada lagi debu debu kota. Yang terdengar nyaring suara cengkerik. Sesekali ada suara unggas unggas yang memecah sunyi. Redup rimbunan dedaun seperti memayung sesiapa sahaja dari bahang suria yang menerjah. Dan yang paling nyaman bila kedengaran alunan arus jeram yang membelah meredahi batu batu yang pelbagai saiz.

Tidak puas dengan hanya berendam, kami turut bermain main sambil membiar badan dihanyut arus di jeram yang airnya sedalam paras paha. Bila perut mula berbunyi, cepat cepat kami berlari ke pondok yang sudah disediakan orang kampung yang letaknya hanya di tebing sungai. Di situlah kami tempatkan makanan dan persalinan kami. Di situlah kami berBBQ untuk mengalas perut. Di situlah tempat kami bersolat selesai makan, dan sebelum kembali berbasahan.

Bila matahari sudah hampir berlabuh, barulah kami bersiap untuk pulang, meredahi kembali arus trafik yang sentiasa sibuk. Sebelum menghantar Wan dan Zahar pulang, kami bertiga akan menjamu selera bersama sekali lagi menikmati santapan malam di restoran atau gerai berhampiran. Walaupun badan sedikit penat, tapi kepuasannya tetap terasa.

Kini kedatangan kami ke jeram seperti sudah menjadi rutin di hari minggu. Untuk minggu minggu mendatang, kami sekali lagi merancang untuk ke sana lagi. Sudah terfikir apa yang bakal dibuat dan dibawa untuk ke jeram lagi. Rasanya sudah seperti tidak sabar lagi untuk ke sana. Dingin air jeram menggamit kami lagi – semestinya.




-XiS-

Labels: , , ,

 
posted by Xis at 7:20 PM | Permalink | 9 comments
Wednesday, April 22, 2009
Good Luck! Get Well!

Entri ini adalah untuk dan mengenai dua orang daripada beberapa individu terpenting dalam hidup aku. Kedua duanya adalah adik kesayangan aku. Kedua duanya melalui saat saat getir ketika ini. Dan kedua duanya memenuhi fikiran aku ketika ini.

Semalam aku mendapat SMS dari satu satunya adik perempuan aku. Katanya dia akan menduduki peperiksaan akhir semester bermula hari ini. Lalu dimintanya aku mendoakan supaya segalanya dipermudahkan buatnya dan agar dia dapat mengingati apa yang dipelajarinya semasa menjawab kertas soalan. Sememangnya begitulah adik aku, Nonie, setiap kali tiba hari peperiksaan.

Namun peperiksaan kali ini penting baginya. Dan peperiksaan kali ini adalah berbeza dari yang sebelumnya. Bezanya ialah ini merupakan peperiksaan terakhirnya sebelum menamatkan penggajiannya di universiti Mei nanti. Terlalu cepat 6 tahun berlalu. Bermula dari peringkat diploma dan kini ijazah yang hampir ke penghujung, dia hampir pasti bergelar graduan. Segulung ijazah sudah pasti di tangan, insya’Allah.

Petang tadi bila aku mengutus pesanan ringkas bertanya tentang peperiksaannya hari ini, jawapan yang diterima begitu menyakinkan aku yang dia dapat menjawab setiap soalan sebaik baiknya.

Sebagai abang, aku semestinya mendoakan yang terbaik untuknya. Dan aku semahunya inginkan yang terbaik menjadi miliknya. Sebagai pembakar semangat, aku menjanjikan saguhati buatnya. Apa juga saguhatinya tidak penting. Yang penting buat masa ini, keputusan peperiksaannya harus mencapai kecemerlangan. Semoga cemerlang selalu buat adik aku, Nonie


Semalam juga, aku mendapat pesanan ringkas dari “god brother” aku, Ez. Katanya dia tidak sihat dan demam. Walhal sebelah paginya dia ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat di sana. Tapi bila pulang ke rumahnya, suhu badannya tidak keruan. Aku segera menelefonnya untuk bertanya khabar. Dari suaranya memang benar dia tidak sihat. Suaranya semakin serak. Aku cuma berpesan padanya agar berjumpa doktor dan tidak lupa untuk mengambil ubatnya.

Dan tengahari tadi sewaktu aku sedang di dalam meeting, Ez menghantar mesej untuk memberitahu aku yang dia telah dimasukkan ke wad di hospital sejak awal paginya berikutan keadaannya yang semakin teruk. Terkedu sebentar aku.

Selepas meeting, aku terpaksa membatalkan rancangan aku untuk makan tengahari dengan beberapa rakan. Bukan tidak mahu, tapi itu yang terbaik untuk aku. Biasanya aku mudah mengantuk selepas juadah tengahari. Dek kerana aku mahu ke Seremban untuk menjenguk Ez di hospital, aku tidak mampu untuk memandu sambil mengantuk. Terlalu banyak risikonya. Jadi usai meeting, aku segera ke Seremban. Hampir satu jam memandu, sampai juga aku di hospital tersebut.

Sebenarnya kedatangan aku tidak diketahui adik aku, Ez. Bila melihat aku memasuki wad, dia agak terperanjat kerana tidak menduga aku akan ke sana menziarahnya. Kebetulan semasa aku tiba, tiada siapa pun menemaninya. Emak Ez sudah pun pulang ke rumah untuk mengambil barang barang keperluan Ez. Sementara menunggu emaknya kembali, aku temankan Ez di situ. Hampir dua jam di hospital. Aku pulang bila Ez sudah hampir terlelap dek kerana ubat yang diambilnya.

Dan sebagai abang, biarpun bukan abang kandungnya, aku tetap mendoakan untuknya seperti selalu. Aku bermohon agar kesihatannya bertambah baik dan sihat sepenuhnya. Apa lagi yang lebih menggembirakan aku bila melihat dia sihat walafiat dan riang selalu. Itu yang penting.


(credit 1: Good Luck Wishes taken from 4to40.Com)
(credit 2: Get Well Wishes taken from 123Greetings.Com)




-XiS-

Labels: , ,

 
posted by Xis at 11:25 PM | Permalink | 8 comments
Monday, April 20, 2009
Begitulah Aku

Okay, sekali lagi aku menulis mengenai stress di tempat kerja aku. Tapi bukan untuk melepas perasaan, cuma sekadar berkongsi cerita bagaimana aku menangani tekanan di tempat kerja. Biasanya berikut adalah antara perkara yang aku sering buat bila rasa tertekan dengan suasana di pejabat.



1. Menyanyi.
Betul, ini adalah satu cara yang paling aku gemar lakukan untuk meredakan tekanan. Lupakan masalah pitching. Sedap atau tidak suara aku bukan perkara pokok. Biasanya aku lagukan lagu lagu kegemaran aku. Kadang kadang aku menyanyi mengikut lirik sebenar, tapi kebanyakannya aku ubah liriknya. Dan selalunya aku tujukan nyanyian aku kepada teman sekerja yang duduk bertentangan dengan aku. Siapa lagi kalau bukan Letehumy, atau ringkasnya Let yang sudah berumur hampir mencecah 45 tahun. Sampai merah padam muka “amma” seorang ni menahan gelak. Kalau kehabisan idea, aku cuma lagukan nama “Let” mengikut irama lagu yang aku tahu, misalnya “My Heart Will Go On”.

2. Makan.
Ahh.. ini sebenarnya bukan cara terbaik, malah memberi kesan sampingan kepada aku. Mana tidaknya berat badan aku bertambah melayan selera makan. Tapi kerana stress, aku tetap mencari makanan untuk dikunyah. Biasanya yang aku makan kalau bukan Gardenia Butterscotch atau apa apa jenis roti, aku akan mencari coklat samada Ferrero Rocher atau Kit-kat. Tapi yang selalu menjadi ketagihan ialah Twisties, Mamee, potato chips dan Cheezels.

3. Mendengar lagu.
Kekadang aku sendiri terasa bosan bila perlu menyanyi. Jadi aku akan memain lagu daripada koleksi MP3 yang ada di laptop aku. Tapi aku bukannya memainkan semuanya. Aku cuma pilih satu lagu dan mainkannya berulang kali. Sampaikan rakan rakan aku yang duduk berdekatan boleh menghafal lagu yang aku mainkan. Biasanya lagu yang aku mainkan samada dari penyanyi pujaan aku, ataupun lagu popular masakini, atau sekadar irama instrumental.

4. Membaca surat khabar.
Tapi selalunya aku membaca surat khabar online. Itu lebih senang dan tidak membazir. Pilih saja berita yang aku mahu ikuti di internet. Biasanya yang menjadi pilihan aku berita luar negara, berita utama (front page) dan rencana. Dari Utusan Malaysia ke Berita Harian ke Harian Metro. Dari The Star ke NSTP.

5. Sudoku.
Satu lagi permainan online yang menjadi pilihan aku. Dari yang lembab untuk menyelesaikan permainan ini, sekarang aku boleh berbangga dengan pencapaian Sudoku aku. Dari level paling senang, aku beralih ke level “genius”. Biarpun ada kala Sudoku turut membuatkan aku stress bila tidak dapat menyelesaikannya, tapi sekurang kurangnya ia bukan berkaitan dengan kerja pejabat.


Setidak tidaknya perkara di atas dapat membantu aku mengurangkan tekanan yang aku rasa ketika itu. Dan aku rasa setiap individu mempunyai cara tersendiri. Bagaimana juga caranya, matlamatnya tetap sama iaitu meredakan rasa yang membebankan ketika di pejabat.


(credit: top picture taken from Wbfitness.Com, and cartoon from Kmutt)



-XiS-

Labels: , ,

 
posted by Xis at 11:30 PM | Permalink | 8 comments
Thursday, April 16, 2009
To My Friend

This poem is especially dedicated to one of my close friends. Just so you know, life may be hard for you right now. But believe me when I say someday you will laugh at your heartache. Someday you will not even remember the person who has broken your heart. But you will always remember how strong you have been in going through toughest moments in your life. And one thing for sure, you do not lose anything in life even when the person you love leaves you. Be thankful because you have just saved your own life from that worst nightmare. Take care…



Bangun - XiS

Teman
Aku pernah mengenal cinta
Aku pernah percaya cinta
Aku pernah rindu cinta
Dari yang bernama

Lantas teman
Aku tahu bagaimana rasa di jiwamu
Aku tahu apa di hatimu
Aku tahu keluh kesahmu
Dari hela nafas itu

Teman
Aku pernah berduka lara
Aku pernah pendam rasa
Aku pernah berlutut hampa
Kerana cinta dikhianati

Lantas teman
Aku tahu sarat duka kalbumu itu
Aku tahu kau terseksa
Aku tahu kau kecewa
Kerana cinta dipersia

Bangunlah
Biar aku pimpinmu
Temani sepanjang jalan
Selagi nafas bertahan
Selagi Tuhan mengizin

Bangunlah
Aku kesat tangismu
Teruskan hidupmu
Dunia tidak kiamat
Hanya kerana dia tinggalkanmu

Bangunlah
Masih ada di depanmu
Yang penting dan lebih bererti
Dari dia yang rakus
Mengkhianati hidupmu




(credit: picture taken from Cassandra Wong's website)



-XiS-

Labels: , , , ,

 
posted by Xis at 9:49 PM | Permalink | 5 comments
Sunday, April 12, 2009
From My Draft Box

This is one of my self-penned poems I wrote recently. It was in the draft mode for the past few weeks. Sebutir Cinta is not only or generally about love, but also about trust I had in people, about possessing something in life, and about deserted moments I had to endure. And it’s also about my foolishness for letting all those things and those people get near to me. But then, bad experiece is always a good lesson, and that's what I learned out of it. I learn about people, I learn about something, and best yet, I learn about myself. And I believe you also have learnt something about your own life from those people around you, right?




Sebutir Cinta - XiS


Sebutir cinta
Terangnya di langit
Bak kejora impian
Tapi sekelip pandang
Hilangnya ditelan gelap

Sebutir cinta
Pernah bersumpah setia
Pengikat dua hati
Lalu mati dalam bisu
Dibunuh ego yang tolol

Sebutir cinta
Semalam ranum berbuah
Dipetik kasihnya
Hari ini tinggal nama
Sekadar najis di mata

Sebutir cinta
Tinggal hati berbekas parut
Ingatan yang pahit
Sumpah kalau masa bisa undur
Bayang sekali pun tidak ku pandang

Sebutir cinta
Biarpun percuma
Tak ku kotori tangan kerananya
Demi Tuhan
Laknatlah sang noda itu

Sebutir cinta
Bukti sebuah kesal
Kudis dan nanah hidup
Demi Tuhan
Bertemukah jalan maaf

Sebutir cinta
Dari Firdausi tertinggi
Itu yang aku cari
Demi Tuhan terbukalah
Pintu pintu keampunan





-XiS-

Labels: , , ,

 
posted by Xis at 3:20 PM | Permalink | 11 comments
Monday, April 06, 2009
Rasa Di Dada

Memang betul, kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. Tapi kekadang geram di hati Tuhan saja yang tahu. Lebih lebih lagi kalau timbul rasa ketidakadilan yang terpaksa ditelan sendiri. Tapi bagaimana pun geram, dan terkadang sampai rasa penekanan di diri, kita terpaksa juga terima. Apalagi kalau kita hanyalah sekadar kelasi atas sebuah bahtera yang bernakhodakan seseorang yang diktator lagaknya.

Apa yang aku geramkan lebih kepada isu dalaman di tempat kerja aku. Sebetulnya untuk suku pertama tahun ini, aku harus ke beberapa tempat atas nama tugasan kerja. Segala perancangan sudah aku buat semenjak akhir tahun lepas. Apa yang kurang, aku rujuk kepada mereka yang lebih arif, dan apa yang terlebih, aku pertimbang semula demi memastikan kelancaran kerja aku. Semuanya aku sudah pun kaji dan ulang kaji sebaik baik dan sepatut patutnya.

Yang membuatkan aku rasa geram yang teramat ada 3 sebab. Semuanya di luar kawalan dan bidang aku. Yang mampu aku laku sekadar melayangkan email dan menelefon kepada mereka yang berkenaan.

Pertama, bila mana tempat yang sepatutnya aku pergi untuk melunaskan pekerjaan terpaksa dibatal atas arahan pihak atasan. Sebaliknya aku perlu mencari alternatif lain untuk tugas tersebut termasuklah membuatnya secara “remote” dari sini. Dan kerana perbezaan zon masa antara KL dan tempat tempat tersebut, aku terpaksa korbankan masa aku di waktu malam untuk tujuan ini. Pada aku, ada jenis jenis kerja yang boleh dibuat secara “remote” dan ada yang tidak. Dalam kes aku, keberadaan aku di tempat tersebut lebih munasabah dan baik untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Sebabnya ada benda benda yang aku patut buat tanpa bergantung kepada orang lain di tempat tersebut. Paling menghampakan bila mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat. Jadi, adalah lebih baik untuk aku berada di sana bagi melangsaikan kerja aku. Pada aku, tugasan aku lebih memerlukannya, bukannya orang orang atasan yang dapat ke sana hanya untuk menghadiri mesyuarat. Kalau untuk bermesyuarat sekali pun, mereka sepatutnya menggunakan “video conference” yang ternyata lebih baik dan menjimatkan.

Kedua, bila ada tugasan aku tersangkut angkara masalah yang datangnya dari unit yang lain. Untuk menjalankan tugas aku dengar sempurna, aku perlu berkerjasama dengan unit “Network” bagi memastikan projek yang dirancang dapat disempurnakan. Tapi yang menimbulkan masalah untuk salah satu projek aku di Thailand, masalah “network” masih belum dapat diatasi. Terlalu banyak cabang dan kusutan yang perlu dileraikan. Jari pula menuding ke Telekom Malaysia, manakala pihak Telekom Malaysia memberi alasan pihak di Thailand menjadi punca. Dan dari Thailand dituding kepada unit di Singapura. Dan unit "Network" di Singapura pula menyalahkan unit "Network" di tempat aku. Sampai ke hari ini projek ini masih lagi tidak dapat dilaksana. Selagi unit "Network" tidak selesaikan isu isu berkaitan, itulah yang terpaksa aku khabarkan kepada pihak pengurusan bila ditanya mengenai status terkini.

Ketiga dan terakhir, bila mana pihak luar yang menjadi unit sokongan berbayar kepada subsidiari majikan aku cuba menunjukkan kuasa dan mempersoalkan itu dan ini semata mata kerana kami kini dalam proses mengambilalih tanggungjawab dari mereka. Sehinggakan apa yang tidak pernah aku pertikaikan dibangkit bangkit oleh mereka. Kononnya mereka sudah berpengalaman lebih 8 tahun dalam hal hal berkaitan dan tahu apa yang perlu dibuat tanpa perlu aku memberi tunjuk ajar dan ingatan. Tapi mereka lupa mereka manusia. Manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tujuan aku mengingatkan mereka adalah sekadar untuk berwaspada. Kerana kesilapan mereka boleh mengundang padah bukan hanya kepada mereka, bahkan aku juga. Kalau ada yang menyalahkan mereka pun hanyalah 150 orang yang bertugas di subsidiari tersebut, tetapi di bawah unit aku, ada hampir 12 ribu orang. Dan yang pastinya aku cukup meluat dengan unit sokongan berbayar dari subsidiari ini.

Tapi seperti aku katakan di awalnya, apa juga yang dihadapi terpaksa aku terima. Dan yang pasti aku adalah di antara ribuan manusia lain yang senasib dalam menempuhi alam pekerjaan. Suka atau tidak, inilah yang menjadi punca rezeki. Dan apa yang aku kisahkan di sini bukanlah mengeluh, tapi sekadar meleraikan rasa yang bersimpul di dada.


(credit: picture taken from Corporate Welness)




-XiS-

Labels: , ,

 
posted by Xis at 9:35 PM | Permalink | 11 comments
Saturday, March 28, 2009
Empty Weekend

Just another weekend that I have to spend my time in the office for work matters. Just like the weekend before, I could not escape it as it’s part of my responsibilities, and that also means part of my KPI. Like it or not, I am left with no choice. Honestly, it’s really tiring having to work during weekend when I’m supposed to be at home or have some fun with my fellow good friends. It will definitely make my Monday even gloomier than ever when I have to go back to work again. But if I were to compare my work with some other people, like those in the armed forces, I think I’m in a much, much better situation. So, should I complain?

Anyway, because of some projects I’m handling now, I have to cancel my trip to Taman Negara which I planned some time ago with my friends – Wan and Zahar. They, however, decided to go to Langkawi just to finish all their annual leave from last year. Speaking of last year leave, I still have another 15 days to clear by this month. But again, looking at my workload, that’s so impossible. It’s quite frustrating. Really!

Apart from that, I also feel sorry for my other friend who has been constantly asking me out for a movie-date for not being able to make it again this week. I wish I have a better explanation and reason to give as an excuse. But all I have is just the same old one, so what can I do? But believe me, I’ll keep my words to go out with you when time permits.

Back to my work, I still have so much to do right now. So, while waiting for one of the tasks to complete, I’m just taking a short break. So here I am… And while waiting to observe for Earth Hour from my office, updating my blog with nothingness isn’t a bad idea after all… Anyway, just wishing all of you a happy and restful weekend. Enjoy this song, "Kau Pergi Tanpa Pesan" from my all-time favorite Malaysian artiste, Datuk Sharifah Aini. Take care…




-XiS-

Labels: , , ,

 
posted by Xis at 5:29 PM | Permalink | 5 comments
Monday, March 23, 2009
Sekalung Budi


i

Sumbangan untuk khairat Allahyarham anakanda Amir Yusuf sudah pun ditutup seminggu yang lalu. Dari apa yang disampaikan di lamannya oleh teman blogger, Rudy, yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan tersebut, Alhamdulillah, sejumlah wang telah dikumpul dan disampaikan kepada yang berhak. Berikut adalah petikan dari blog Rudy:



* Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para sahabat maya yang sudi menyumbang kepada tabung khairat Amir Yusuf. Jumlah kutipan keseluruhan ialah sebanyak RM2,710.00. Hanya Allah SWT yang dapat membalasi jasa baik kalian seluruhnya. Saya juga menyampaikan salam terima kasih daripada Ayahanda dan Bonda Amir Yusuf atas kebaikan kalian seluruhnya. Sumbangan tersebut akan saya hantar kepada Fajar melalui akaun bank beliau. Jazakallah!


Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa baik semua yang telah menyumbang dalam apa bentuk sekali pun.




ii

Tiga minggu yang sudah, aku diundang untuk makan tengahari di rumah teman blogger, Haq Ahmad. Kebetulan hari tersebut merupakan cuti umum bersempena Maulidur Rasul. Selain aku, beberapa kenalan terdekat beliau turut dijemput. Sajian istimewa hari itu ialah briyani udang beserta beberapa lauk pauk dari air tangan Kak Yani, isteri Haq Ahmad. Memang sedap masakannya. Tapi sayang kerana aku mengambil sejenis ubat yang dipreskripsi, maka selera aku sedikit terbantut. Jadi tidak dapat aku menikmati hidangan tengahari itu dalam erti kata sebenar. Selesai makan tengahari, sambil beramah tamah, kami dihidangkan dengan triffle sebagai juadah pembasuh mulut. Aku pulang dengan rasa kekenyangan dan kesyukuran.

Terima kasih buat Haq Ahmad dan keluarga atas undangan tersebut.Semoga dimudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Bak kata orang tua tua, terima kasih daun keladi, lain kali undang lagi. ;)




iii

Di kesempatan ini aku juga mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi bertandang ke Bila Pena Menari. Tanggal 14 Mac lepas, genap 3 tahun perjalanan BPM di ruangan maya ini. Banyak kenangan manis tercatat dalam sejarah hidup. Begitu juga pahit maun yang terpalit. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa malah berkongsi pendapat dan cerita anda di sini.

Entah di mana noktah dan penghujungnya. Selagi masih ada peluang dan ruang, aku berharap agar masih dapat berkongsi coretan di sini. Dan aku turut berharap agar blog ini masih lagi relevan sebagai medium yang menghubungkan aku dengan teman teman lain.

Sekali lagi, terima kasih buat semua yang telah sudi meluangkan waktu anda untuk menjengah ke laman blog yang tidak seberapa ini. Wassalam.



-XiS-

Labels: , , , ,

 
posted by Xis at 12:35 AM | Permalink | 6 comments
Tuesday, March 10, 2009
Masih Ada Yang Sudi
Salam buat semua yang singgah di ruangan maya ini. Sekadar berkongsi dan membantu apa yang diusahakan oleh seorang teman, Rudy, demi membantu seorang sahabat. Dan ini bukannya diminta dari yang empunya diri. Hanya kami yang ingin membantu demi satu persahabatan. Tiada desakan atau paksaan. Hanya keikhlasan yang tulus hati sendiri. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mereka yang berhati ikhlas dan sudi membantu kerana Allah. Insya’Allah

Bismillahirrahman nirrahim. Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga. Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian.

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.

rujuk: http://www.fajaril.net/blog dan http://www.bluehikari.com/nikki/?p=637





-XiS-

Labels: , ,

 
posted by Xis at 1:25 PM | Permalink | 4 comments
Sunday, March 08, 2009
Pemergian - In Memory Of ...

6 Mac 2009

Lebih kurang 3:45 pagi, bunyi di handphone aku menandakan ada mesej baru diterima. Khabar dari bumi Glasgow. Membaca kandungannya, hati disentap rasa gelisah. Selesai membalasnya, aku terbaring di katil sambil memujuk hati dan berdoa pada Allah.

Salam xis. Amir quite critical right now. Pray the best for him

Sebenarnya beberapa hari sebelum itu aku sudah keresahan setelah membaca catatan di blog ayahnya. Tapi hati semakin tak tenang semenjak menerima mesej tadi. Apalagi panggilan dan mesej aku tidak berbalas. Berkali kali cuba memujuk hati dan membiar diri dilanda kesibukan kerja ofis.

Malam itu, ketika sedang berbual dengan ibu aku di handphone, kedengaran bunyi menandakan ada mesej baru masuk. Waktu itu jam di handphone menunjukkan pukul 9:10 malam. Segera aku memilih untuk bercakap menerusi "speaker phone mode" supaya aku dapat membaca SMS itu. Tak semena mena, aku dilanda sebak. Nada suara bertukar sehingga ibu aku pun sedar dan bertanya.

Salam. Amir Yusuf lebih disayangi dan kini pulang ke pangkuan-Nya jam 12.51 pm waktu Glasgow. Al Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.

Selesai menjelaskan kepadanya, aku segera mohon izin ibu aku untuk menamatkan perbualan kami. Di benak terbayang gambar gambar si kecil di hospital, sambil hati membingkiskan surah Al Fatihah.

Aku segera mendial nombornya. Alhamdulillah, akhirnya berjawab. Terdengar suara sahabat aku, segera aku memberi salam. Dari getar bicaranya, aku turut rasakan getir yang bertandang di dirinya. Aku cuba menahan sebak agar tidak menambahkan sedih hatinya di sana. Sebaik menamat panggilan, hiba hati aku biarkan terzahir dengan linangan yang tak pernah diundang.


7 Mac 2009

Ketika itu jam sudah pukul 8:30 pagi, dan aku sedang membaca coretan coretan yang pernah ditulis untuknya di blog ayahnya, mesej pertama untuk hari ini tiba di handphone aku. Mengamatinya, hati pula makin sayu.

Salam xis. Insya Allah amir yusuf akan dikebumikan di bumi glasgow pd esok hari. Doakan agar semuanya dipermudahkan

Esok hari? Itu bermakna sekitar petang dan malam hari ini waktu Malaysia. Andai aku ada di sana saat ini, aku pasti turut mengiringi perjalanan akhir jasadnya sebelum disemadikan. Dan siapa pernah sangka, perjalanan pertamanya keluar dari bangunan hospital adalah perjalanan terakhirnya di dunia ini.

Jam 11:45 malam, sedang aku cuba untuk mengarang SMS, kedengaran bunyi handphone. Ada mesej baru. Sekali lagi khabar dari kejauhan untuk teman teman dan sanak saudara yang tidak dapat bersama sama di saat pengkebumian.

Alhamdulillah. Segala urusan pengebumian di sini telah pun selamat dan disempurnakan. Syukur, Allah permudahkan semuanya. Terima kasih atas doa. Moga Amir Yusuf dapat memberi syafaat utk kita semua dengan kasih syg yg pernah kita beri. Amin

Alhamdulillah, aku turut memanjat syukur kerana perjalanan akhir Amir Yusuf di dunia ini sudah disempurnakan dan dipermudahkan. Sesungguhnya dari Allah dia datang, kepadaNya jua dia kembali. Begitu juga kita nanti...



*************************************************************************************



Amir Yusuf
2258, June 27, 2008 - 1251, March 6, 2009



Apa yang aku coretkan bukan ratapan atau rintihan, bukan juga untuk mengundang rawan hati sesiapa terutama sahabat yang aku hormati, Fajar dan ahli keluarganya. Namun maaf aku pohon jika itu terjadi. Yang tertera adalah cetus rasa aku sendiri setelah pemergian Amir Yusuf, anaknya. Cetus rasa yang lahir dari kerinduan. Walau tidak pernah mendampingi si kecil bernama Amir, sebagai sahabat ayahnya, dan seperti mereka yang sering mengikuti perkembangan Amir semasa hayatnya, tanpa sedar terasa dekatnya aku padanya. Hanya doa doa dapat aku sampaikan mengiring kepulangannya kepada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hanya coretan dan ingatan yang tinggal tentangnya. Seperti keluarganya, aku turut redha dan pasrah setulusnya pada takdir ini, melepaskan anakanda Amir Yusuf ke satu tempat yang lebih baik. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayangNya ke atas roh Amir Yusuf. Amin...

Buat Fajar dan keluarga, semoga terus cekal menghadapi hari hari mendatang. Kalaulah dapat aku pinjamkan sisa sisa semangat yang ada di diri aku, pasti aku kirimkan buat kalian tanpa ragu. Tapi yang nyata, aku akan selalu mendoakan yang terbaik buat kalian sekeluarga. Insya'Allah.





Pemergian – XiS
(nukilan buat Allahyarham anakanda Amir Yusuf)




i

Guguran salju di Glasgow
Jatuh kesayuan
Bawa khabar duka
Tentang kehidupan
Beku segenap harapan
Hati hati yang menunggu

Guguran salju di Glasgow
Melambai kesayuan
Mengiring pergi si anak
Bawa derita panjang
Menghadap Sang Pencipta
Bahagialah dia dalam dakap kasih sayang Yang Satu




ii

Rindu
Ke mana lagi tumpah
Sekeliling mencari
Tangisnya
Aromanya
Gerak gerinya
Cuma ada kenangan

Rindu
Mengalir ke segenap saraf
Menusuk tiap liang seni
Tangisnya
Aromanya
Gerak gerinya
Terpandang cuma bayangan




iii

Dari jauh
Sebuah cerita
Pejuang kerdil
Kental semangatnya
Lapan purnama
Bertarung gagah
Demi nafas itu
Masih di jasad

Dari jauh
Sebuah cerita
Pejuang kerdil
Kental semangatnya
Ke akhir nafas
Tewas bukan kalah
Cuma sambut panggilan Tuhan
Al fatihah




iv

Telah sebati
Nafasmu dan nafasku
Mencoret cerita
Di atmosfera hidup
Biarpun seketika
Adamu di sisi

Masih ada
Kenanganmu dan kerinduanku
Hangat di ingatan
Tak akan pudar
Walau beribu tahun mendatang
Walau kau telah pulang padaNya




(credit: photo of baby Amir Yusuf and Fajar taken from Fajar's blog)




-XiS-

Labels: , , , ,

 
posted by Xis at 2:35 AM | Permalink | 11 comments
Friday, March 06, 2009
Panggilan Tuhan - Al Fatihah

Ketika aku menaip entry ini, sudah hampir 34 minit berlalu sejak detik itu. Satu jasad kerdil telah terbaring lesu kaku. Sementara nyawa sudah terpisah. Setelah lapan bulan bertarung nyawa, berjuang untuk menerus hidup walau berdepan pelbagai ujian yang begitu berat. Tapi sudah tertulis olehNya, kembali jua si kecil yang dipinjamkan untuk sementara kepada ayahnya, ibunya dan kakaknya.

Kepada para pembaca yang pernah singgah ke blog sahabat aku, Fajar, mungkin pernah terbaca mengenai anak kecilnya yang terlantar di hospital akibat pelbagai komplikasi dalaman semenjak dilahirkan. Malah di sini, aku pernah beberapa kali mencoretkan rasa dari hati kecil terhadap seorang anak yang begitu istimewa.

Kini, saat ini… anak yang bernama Amir Yusuf telah pun pulang menghadap Penciptanya, tepat jam 12:51 tengahari, waktu Glasgow, atau 8:51 malam waktu Malaysia. Sesungguhnya, aku turut merasai kehilangannya. Sesungguhnya, aku jua pasti akan merinduinya.

Waktu ini, sebagaimana aku dikhabarkan oleh Fajar, urusan pengkebumian sedang diuruskan, dan menanti keputusan samada Allahyarham anakanda Amir Yusuf akan disemadikan di bumi Glasgow, atau diterbangkan pulang ke tanahair untuk dikebumikan di sini.

Buat sahabatku, Fajar, isterinya Anis dan anaknya Najwa, salam takziah dari aku dan keluarga buat kalian. Dari getar bicara Fajar semasa perbualan kami menerusi telefon sebentar tadi, aku sebenarnya turut merasa getir di hatinya setelah pemergian Amir Yusuf. Aku tahu kalian redha pada hakikat dan suratan ini. Bersabarlah. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Amir Yusuf.


Buat Amir Yusuf, semoga di Syurga tempatmu, amin... Al-fatihah.



p/s: maaf jika ada antara ayat ayat di atas seperti bercelaru. Aku sebenarnya tak dapat tahan air mata dari mengalir waktu ini…


(credit: photo of Amir Yusuf in the hospital taken from Fajar's blog)



-XiS-

Labels: , ,

 
posted by Xis at 9:49 PM | Permalink | 10 comments
Sunday, March 01, 2009
I Choose Life

Hidup tak pernah sunyi dari masalah dan ujian. Ke mana dan di mana saja kita, pasti kedua duanya datang tanpa diundang. Ada yang perlu diselesai, kita hadapi semampunya dengan kudrat, akal dan jiwa yang tenang dan waras. Ada yang mungkin tidak perlu dilayan, terutama bila melibatkan pihak luar, kita biar dan jauhkan. Sayangnya mereka itu diberi akal tapi berfikir dengan isi kesumat busuk yang berkumpul di usus. Maka, sebaiknya dan seharusnya kita teruskan kehidupan kita dengan cara sendiri tanpa pedulikan mereka. Hidup kita, kita yang bertanggungjawab tentukan hala tujunya. Apa yang mendatang dan menguji dalam hidup, kita belajar darinya. Kalau baik, jadilah teladan. Kalau buruk seburuk rupanya, jadilah sempadan kerana itu najis dan sampah hidup.


Berbalik kepada hidup, di depan kita terlalu banyak peluang dan jalan jalan yang terbentang. Terpulang kepada kita untuk memilih - bagaimana dan apa yang dapat mengisi usia dan hari hari kita. Panas atau hujan, itu lumrah alam. Senyum dan tangis, itu adat kita bernama manusia. Dan pada aku kini, aku memilih untuk berpegang pada ayat ini sebagai moto hidup – “I Choose To Stand When Standing Isn’t Easy”. Itu adalah antara ungkapan yang begitu mendalam maksudnya pada aku, dan dipetik dari filem Street Fighter – The Legend of Chun-li.


Mengisi hari hari aku selepas seminggu berdepan dengan tekanan di tempat kerja, aku memilih untuk berehat di rumah kerana rumahku, syurgaku. Sepanjang pagi Sabtu semalam, selepas bangun dari tidur, aku mengemas rumah. Membersihkan apa yang patut walaupun sebenarnya ibu aku sudah kemaskan sebelum dia pulang beberapa hari sebelum itu. Sekurang kurangnya dapat mengisi masa dan melupakan rasa sunyi setelah ahli keluarga aku pulang.

Dalam sibuk mengemas, aku terima SMS dari Wan bertanyakan khabar. Selepas beberapa kali berbalas SMS, Wan mengajak aku keluar. Mulanya aku bercadang untuk minum sambil berborak dengannya di mana mana kafe. Tapi Wan mempunya idea yang lain. Katanya mahu ke Sunway Lagoon bersukaria. Tidak membantah, aku mengiyakan. Beberapa minit selepas itu, dia batalkan rancangan ke Sunway Lagoon, sebaliknya bertanyakan dua pilihan, samada mahu ke karaoke, atau berkayak. Pada aku sudah tentulah berkayak. Tak perlulah aku melalak kerana sememangnya pitching dan suara aku bukan saja ke laut, malah melepasi dan terawang di angkasaraya. Lantas aku menelefon Said, seorang lagi teman rapat aku dan sememangnya kaki berkayak, bertanyakan tempat berkayak di Putrajaya.


Lebih kurang jam 4 petang, Wan sampai ke rumah aku. Setelah memarkir keretanya di dalam kawasan rumah aku, kami bertolak dengan kereta aku. Sambil berbual bual, kami melayan lagu lagu dari album CD yang menjadi dibawa oleh Wan. Lebih kurang 15 minit kemudian, kami sampai di Kelab Tasik Putrajaya. Dari parkir kami ke kelab. Sepatutnya kami mesti mendaftar dulu. Tetapi kebetulan petugas di kaunter tidak ada di kaunter pendaftaran, kami terus menuju ke dewan bawah untuk mengambil kayak sambil dibantu petugas di situ. Kami memilih untuk menaiki kayak untuk dua orang. Jadi bolehlah kami berborak sambil berdayung. Wan yang tidak pernah berkayak duduk di depan, dan aku pula di belakang.

Setelah hampir setengah jam berdayung, mengelilingi sebahagian Tasik Putrajaya, aku mula terperasan air di tempat aku duduk semakin banyak. Bertambah panik bila aku terlihat air semakin memasuki dari dua lubang di mana tempat aku melunjurkan kaki. Dalam panik, sempat juga kami tergelak dan bergurau mengenangkan apa yang berlaku dan mungkin berlaku sambil berdayung ke tepian jeti. Bermuda kami kuyup seperti baru keluar dari kolam renang. Nasib baik handphone kami yang tersimpan di poket tidak rosak. Petugas kelab yang kebetulan berada di jeti itu mengesahkan kayak kami bocor. Rasa lega singgah sebab dapat mengelak dari kejadian yang tak diingini. Kalau tidak, pasti dari acara berkayak, kami terpaksa berenang merentas Tasik Putrajaya.


Tidak mahu membuang masa, kami menukar kayak tersebut. Kali ini kami memilih untuk berkayak secara solo. Apalagi, kami berdua berlumba mendayung kayak untuk sampai ke seberang tasik. Setelah penat, kami berehat di dalam kayak masing masing di tengah tengah tasik sambil membiarnya hanyut dibawa arus ombak ombak kecil tasik. Sambil itu, kami berbual melepaskan kebosanan yang ada dalam diri masing masing.

Hampir 2 jam berkayak dan berehat di tengah tasik, kami kembali ke jeti. Kebetulan hujan mula merintik. Setelah menyimpan kayak di tempat sepatutnya, kami bergegas untuk menyalin pakaian kerana Bermuda kami masih basah. Malangnya kami berdua terlupa. Aku terlupa membawa tuala. Cuma baju dan Bermuda gentian. Manakala Wan tertukar beg. Yang dibawanya beg kasut. Jadi, hanya aku yang berganti pakaian, manakala Wan terpaksa menahan diri memakai seluar yang basah.


Pun begitu, kami tidak pulang segera. Kami menghabiskan masa di kelab dengan mengisi perut untuk makan malam walaupun masih awal. Selepas beberapa ketika baru kami bertolak pulang. Sampai di rumah aku, Wan segera mandi dan bersolat sebelum ke tempat kerja kerana malam itu, dia harus berkerja. Manakala, aku terpaksa ke klinik kerana sakit belakang yang masih belum hilang sejak 2 minggu lepas. Akibatnya, aku terpaksa membatal temujanji pada malam itu dengan seorang lagi teman yang juga rakan blogger yang kebetulan pulang ke rumah keluarganya di sini. Harapnya dia dapat memahami. Tapi insya’allah, di lain kesempatan kita bersua.


Alhamdulillah, tanpa diganggu permasalahan yang tak sepatutnya, aku dapat juga menikmat hari hari aku dengan cara sendiri. Dan tentunya dengan teman teman rapat yang memahami. Dan semestinya hari hari begini akan terus dikenang dan menjadi sebahagian kenangan indah dalam hidup. Dan aku percaya kalian pun begitu.




-XiS-

Labels: , , , ,

 
posted by Xis at 4:45 PM | Permalink | 13 comments
Thursday, February 26, 2009
Facebook Me?

Recently, a friend of mine told me he accidently discovered me in Facebook. That’s really a big surprise to me to know that I actually had a profile in Facebook when I never have registered myself there. So, with the link to that profile provided by my friend, I actually found me there. But frankly speaking, it’s NOT me. Yes, the picture was mine, but the profile ISN’T. God, I really don’t understand some people creating an online profile for them but posting someone else’s picture. Are they just not proud with the way they look like? Or are they creating a profile just to deceive others? Or are they just creating it for some bad intention? God knows. But then, thanks to my friend for helping me with this issue. I no longer see my face there.

Anyway, speaking of this lifestyle social network, I must say I have been receiving so many notifications from friends and some unknowns inviting to join Facebook, Friendster, MySpace, WAYN and a few other social network sites. Thank you for the invite! But honestly, I am not interested in having any at the moment. I don’t think I have the luxury of spending my time on any of those. Not that I don’t want to keep in touch with old friends and let alone new ones. It’s just that I don’t think it’s necessary for me to have it at the moment. What’s the point of having it, yet I don’t get to keep in constant touch with them. And what’s the point of making new friends when the old ones left unnoticed. And in my case, I’m doing the best possible to keep in touch with my existing friends in my own way, and within my own capacity and time.

But again, that doesn’t mean I am not going to have a profile in any of those networking sites someday. Who knows in future, I might have one. Hmm… so, let's talk about love now...!


(Credit: picture taken from Sarahrosa.Com)



-XiS-

Labels:

 
posted by Xis at 11:40 PM | Permalink | 6 comments